Pepatah Mesir Kuno ada berbunyi:
"Penderitaan mencari kebenaran memberi makna sebenar kepada kebenaran"
Assalamualaikum semua. Sebab kita masih lagi dalam bulan Syawal, so aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua. Yes post kalini awal awal header aku dah bagi pepatah yang deep. Itu pepatah bukan saja saja letak tau. Ada makna. Guess what actually idea entry kalini aku dah fikir lama dulu lagi. Masa minggu final exam. Biasala time exam tu jugaklah aku rasa nak melukis, nak buat khat la, nak tulis novel la. Allahu acah-acah sangat. Habis exam hilanglah mood. Banyak betul setan tak nak bagi aku study huhu.
Tek Hece. Why? Tek Hece tuh frasa Turki yang bermaksud satu suku kata. Frasa Turki ft pepatah Mesir. Korang rasa apa relation dia? Haha. Acah pulak tanya dekat blog macamlah ada orang nak balas. Tek hece tuh aku simbolkan diri sendiri. Satu suku kata dalam jutaan perkataan dalam sebuah buku. Satu suku kata yang sedang struggle menjadi baik. Aku, baik?
Mesti orang kata aku ni dah cukup baik. Angkat bakul sendirilah pulak semek sorang ni. CUKUP baik. Baik yang kau nampak. Jahat aku simpan sendiri. Baik ni kan dia subjektif. Definisi lain lain. Macam cantik lah. Tapi sebab semua cakap pasal cantik je so aku cakaplah pasal baik. Bukan yang dulunya jahat dan jahil saja tau yang kena berubah jadi baik. Kita kita ni pun kena jadi baik. Sementara mereka yang datang dari masa silam yang gelap berlari mencari nur agama, tinggallah golongan yang cukup baik sekadar baik ini tenggelam dalam zon selesa. Mereka yang berlatarbelakangkan keluarga yang cukup didikan agama tapi pada yang sama mereka juga yang menolak jika diajak ke kelas kelas agama. Kenapa? Kerana mereka CUKUP baik. Aku? Yes. aku masuk golongan tulah. Geng geng CUKUP baik. Sebenarnya word CUKUP ataupun ENOUGH ni bawa maksud GIVE UP. Bukan aku yang kata, ni Veronica Park yang kata. Hahahahha. So kalau kau kata This is enough or Im enough of this maksudnya kau dah berhenti untuk mencuba.
"Cukuplah, aku dah baik kot" maksudnya noktah. Dah give up nak jadi lebih baik. So aku sekarang ni? Koma bukan noktah. So kalau korang nampak aku tak berapa baik pastu macam 'ek eleh sembang lah semek ni ' just proceed sebab aku memang tengah sembang loi. Eh hello susah lah jadi baik!
Oklah done with this deep thing. Sebab time nak exam tuh stress + jauh di perantauan tambah lagi aku update ni pulak masa hujan turun. Mood memang lah ke laut. read : laut bergelora. Tapi aku still not fully 100% extract makna pepatah kat atas tuh. Macam how to tadabbur that pepatah specifically to my situation. Kalau korang macam mana? Loi lagi sekali tanda soal.
Asal aku rasa entry ni tergantung? Act aku pun tak tahu apa yang aku nak cuba sampaikan ni. I think it is just a fling. A single deep fling disebabkan oleh hyper berangan . Ni just seketul Amira yang acah-acah nak jadi penulis macam hlovate di malam exam tapi sedar diri yang gpa di hujung tanduk.
So apa definisi baik korang? Lagi sekali tanda soal. x0x0( Teruskan berangan )


0 Comments