Assalamualaikum and Hi. Awkward rasanya bila lama tak blogging. My last entry pun tahun 2015. So aku start balik ni pun sebab haritu my travelmates asked me untuk buat entry itinerary to Hat Yai. Not so itinerary lah tapi more to sharing macam mana nak masuk Hatyai via route Rantau Panjang, Kelantan. 

This is my first time pergi Thailand. So aku basically googled je cara-cara nak masuk Thailand ni.  Banyak je entry blog yang dah bagi tahu cara-cara nak masuk Hatyai naik kereta. So I thought I was fully prepared masa hari kejadian. Tapi rupanya ada info yang outdated. So bak kata travelmates aku kita mudahkan perjalanan orang and hidup erti kata memberi and bla bla menyebabkan terhasillah entry ni. Nak terima kasih then not to me but to them. 

Aku just cerita based on pengalaman. Guna passport naik kereta. Yang lain tuh korang topup sendiri info eh. 

So untuk cross border first thing first is kena ada passport/border pass. So kalau bukan anak kelahiran Kelantan, Perlis, Kedah, Penang tuh sila lah buat passport ya. Kalau dah ada passport tuh make sure expire date dia tidak kurang 6 bulan daripada tarikh trip. 

So untuk yang nak bawa kereta masuk ke Thailand pula kena ada :

1. Geran kereta original. No copy is allowed. Latest rule dia started on Sept 2017 bila semua kena bawa geran original. Kalau takde sadaqallahul azim lah mcm kitorg. Alhamdulillah nasib baik ada savior my pa hantar geran original tuh. 

2. Insurans kenderaan. Yang ni bersepah orang jual before masuk sempadan tuh and di Golok pun ada. Tapi nak mudah buat je terus di kastam sekali dengan declaration form. Harga paling murah yang ada rm30 untuk 2 minggu/sebulan im not sure.  

3. Declaration Form.  So pegawai dekat kastam tuh akan mintak geran original and dia akan taipkan details semua. Form ni penting untuk pengesahan bawa masuk kenderaan. 

Incase korang bawa masuk kereta yang geran bukan atas nama sendiri pula macam case kitorang ni, korang kena ada additional document. 

4. Surat Sumpah/ Akuan Berkanun / Statutory Declaration . ditandatangani oleh pemilik kenderaan dihadapan Pesuruhjaya Sumpah. 

Pejabat Pesuruhjaya Sumpah ni tutup pada hari Jumaat-Sabtu. So kalau korang plan nak pergi hari minggu please prepare buat form ni awal-awal.

Untuk backup documents prepare lah salinan ic pemilik kereta and driver, copy salinan geran tuh and copy surat sumpah. Tak rugi pun kalau ada backup docs. 

Dah ada semua dokumen ni, InsyaAllah korang boleh jejak Thailand ; Hat Yai tuh safe and sound. Drive safely insyaAllah. 

Untuk kastam Malaysia takda masalah. Penumpang tak perlu turun bagai. Driver je bagi passport ala-ala drive thru gitu. Sampai di kastam Thailand tuh, parking kereta and semua termasuk penumpang kena pergi cop passport. Masuk dalam pejabat tuh ada bilik kecil untuk dapatkan arrival & departure form. Isi je sendiri. Jimat rm2. Pergi cop and siap! Settle bahagian diri. Tinggal kereta pulak. 

Sebelah kaunter cop tuh ada kaunter kastam/CUSTOM , bagi geran original and surat sumpah. Cakap nak buat insurans kenderaan sekali and bayar rm30. Nanti dia siap taipkn declaration form untuk kita. 

So settle semua bawa all documents tuh pergi dekat meja pegawai yang kat luar tuh. Nanti dia akan copkan declaration form. Form tuh ada 2 copy. Satu dia cop untuk departure and satu lagi dia bagi kita simpan untuk arrival time kita nak balik. So simpan elok-elok. Dah boleh masuk Thailand dengan tenangnya. 

Goodluck and Bon Voyage! Semoga urusan korang dipermudahkan!

Lupa pulak, pintu rantau panjang tutup pukul 10pm wktu malaysia / 9pm wktu thai. Korang jgn smpai kena tidur dkt Golok pulak.