kish tuk dKongSi semua...........
.bkn kish aq....tp kish owg len....aq just tlong sbr jew..
so........hyti nya......

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. suatu hari aku berjalan melalui pasar. sebaik saja muazzin melaungkan azan,aku terlihat seorang wanita berpurdah.wanita itu ganjil cantiknya. dia berpaling kepadaku seolah2 tahu bahawa aku merenungnya. malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera. bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut. aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka percepatkan langkahnya. dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan.
dia memalingkan wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal di sebalik purdah hitamnya. "adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"siapakah wanita itu?"

aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong di mana wanita itu dilihatku masuk. dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa di hadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula bersua. perasaanku tambah membuak. "adakah wanita itu orang gila?"semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. mentari turun dan tenggelam, dan wanita itu masih berada jauh di hadapanku. sekarang, kami berada di tempat yang tak disangka, sebuah perkuburan lama.

kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan rasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat untuk pasangan kekasih memadu asmara. dalam 60 langkah di antara kami, aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada gunanya berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. di dalam bilik bangunan kubur itu, ku dapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pad adinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.

"kuncikan pintu itu." kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik umpama berbisik, "dan bawakan kuncinya." aku akur. "buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. aku tergamam sebentar. "buanglah", ujar wanita itu sambil ketawa,"tadi kau tidak terfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku ke mari?" tempelak wanita itu lagi. aku diam. "waktu maghrib hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir.

"apa kau risaukan?pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu bukan?" aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi dan memerhatikan kunci itu jatuh. perutku terasa tersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu terjatuh ke dalam perigi. aku berasa kagum, kemudian takut.

"tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah pun cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya." pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.

"namaku Dunia. akulah kekasihmu. kau habiskan masa mengejarku, sekarang kau telah memiliki diriku. di dalam kuburmu. mari. mara" kemudian wanita itu ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

pndai2 lh kte amek iktibr nya.........